Friday, 6 July 2012

Siapa Robert Kuok?


Robert Kouk
dikatakan memulakan kerjaya sebagai office boy sebelum memulakan perniagaan dengan bantuan daripada saudara mara.
selepas graduasi, beliau bekerja di grains department dengan syarikat Jepun, Mitsubishi.

Robert bersama 2 abang kemudiannya menubuhkan Kuok Brothers S/B
pada 1949 perniagaan komoditi pertanian.

Sugar King of Asia
Kuok memulakan perniagaan gula.
pada 1961, beliau membeli gula pada harga yang rendah daripada India sebelum harganya melojak naik.
beliau membuat pelaburan besar dalam pemprosesan gula, mengawal 80% pasaran gula Malaysia
dengan penghasilan 1.5 tan gula bersamaan 10% daripada penghasilan gula dunia.

di situ beliau mendapat gelaran 'Sugar King of Asia'.


portfolio
pada 1971, beliau membina Hotel Shangri-La yang pertama di Singapura.
pada 1977, beliau mula bertapak di Hong Kong dengan membina Shangri-La Kowloon selepas mendapat tanah di Tsim Sha Tsui East waterfront.

beliau turut terlibat dalam industri surat khabar apabila memiliki 34.9% pegangan dalam South China Morning Post daripada Murdoch's News Corporation melalui syarikatnya, Kerry Group pada 1993.

antara portfolio Robert Kuok termasuk:
- perladangan tebu
- sugar refinery
- pengilangan tepung
- makanan ternakan
- minyak
- galian
- kewangan
- hotel
- hartanah
- perdagangan
- pengangkutan
- penerbitan


terkaya ... kita dapat apa?!
setiap tahun Robert Kuok tersenarai dalam Senarai Terkaya Dunia dan juga Senarai Terkaya Malaysia.

cerita berkenaan Robert Kuok sukar didapati kerana beliau merupakan seorang yang tidak suka publisiti dan discreet.